Pages

Monday, May 2, 2011

pada kematian

Dalam bulan lepas,berlaku satu kematian seseorang yg tiada pertalian jiwa dngn aku,.Tp ketika hayatnya aku pernah berbual dngnnya.Tp xsangka dia pergi juga(walaupun aku tahu itulah takdir manusia pada akhirnya)..


Ketika hari pengebumiannya aku hadir sbgai tanda penghormatan yg terakhir,aku sempat menyaksikan cara mengkafankan jenazah.Tp malangnya ketika memandi dan mengebumi,aku xdpt turut serta..

Sebelum dibawa pergi,wajah si jenazah ditatap oleh si anak buat kali terakhir,seboleh2 dan semahu2nya si anak menahan air mata.Di dapur pula suara si cucu memeriahkan majlis tersebut beserta air mata yg xhenti2.Orang ramai pula mula teresak2 melihat keluarga tersebut,apakan daya.tiada apa yg dpt kami bantu kecuali mendoakan kesejahteraan jenazah..

Aku juga sempat menatap wajah arwah,sayu dan hiba hatiku.Harinya telah tiba,mungkin hari aku juga akan datang xlama lagi.Tp aku xsanggup laluinya krn banyak dosa yg tlah aku lakukan,.Terbayang wajah aku menggantikan wajah arwah.Tika itu dan saat itu aku mahu menangis sepuas2nya.

Aku pernah dengar satu ketika dahulu ustz aku ade menyebut bahawa saat yg paling sedih dlm kehidupan adalah saat kematian.Melihat insan yg tersayang meratapi pemergian diri.Ingin dipeluk tp xsiapa yg melihat kehadiran kita,xsiapa dpt mendengar kita.Aku tlah mndapat bayangannya..Takut aku utk menghadapinya...

Moga kita pergi dlm keadaan yg keredhai Illahi...amin...

2 comments: