Pages

Friday, May 13, 2011

pada jin

assalamualaikum.. n slm sejahtera bg pembaca yg bukan islam..

Atas permintaan seseorang yg mahukan cerita yg lbh panjang,jadi entry aku pada kali ni insyllah agak panjang jugak....Dah beminggu aku fikir nk wat entry apa..

Hari tu aku terpandang vcd penghalau jin yg diselenggara oleh sowg ustz negara kita yg popular kt mesir sbb pernah selamatkn sowg peguam drpd gangguan jin perempuan  yg berusia 2000tahun(jin zaman fir'aun)

Lpas uh aku tefikir,apa beza jin,syaitan,iblis hantu n owg bunian ni semua...so,aku kaji banyak blog2 n buku2 ..n tak sangka,dlm hadis n Al-Quran banyak sebut fsl jin..


Sebenarnya syaitan,jin,iblis,hantu n owg bunian ni sme je asal usul die..dari api...Macam ali,abu,ah chong,raju.semua sama asalnya dari tanah.Cuma pegangan n nama je lain...

Lagi satu yg aku baru tahu,dorg pon ade kerajaan,menteri2..kira sistematik gak ar cm kita ni..heheheh..dorg pon ade bangsa n organisasi yg sangat2 teratur..

korang bayangkan kita manusia ni pon penuh kt muka bumi ni,diaorang pon lbh ramai dari kita,so die ade kt mana2 je.kat umah2 kita pon konfom ade.Abu Bakar b Ubaid ada meriwayatkan bahawa, "pada setiap rumah kaum muslimin,ada jin islam yg tinggal di atapnya.setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."

Tempat2 port dorg yg dorg gemar sngt2 ialah lobang2,tandas,hutan2,tasek,tempat2 gelap n paling banyak kt tempat2 maksiat..

Korg tau x,jin2 ni ade hantar 5wakil yg perlu kita waspada :
  • bernama TSABAR-dia ni sllu mendatangi mereka yg ditimpa kesusahan.atauditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
  • bernama DASIM-Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
  • bernama AL-A'WAR-Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
  • bernama MASWATH- pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
  • bernama ZALNABUR-Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Aku ade kata dorg nye organisasi mcm manusia gak,buktinya..diaorg ade raja2. N atas raja2 ni ade maharaja(kira yg lbh besar la) yg mengetuai semua jin2.Nama dia THOTHAMGHI YAM TA LI.Tetapi, ats yam ta li ni ade
Malaikat yang mengawal kesemua Jin, yg bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.....adoi ai..simpati tol aku kat kaum dorg,xsangka lak malaikat still kawal dorg.thnks 2 Allah~

ohh ye,aku xcerita lagi beza diaorg ni...nama sbnar die jin.Tp yang ingkar pada Allah dipanggil syaitan.syaitan ni lah yg orang gelarkan "hantu" sbb die jelmakan diri die dlm mcm2 bentuk yg hodoh..Owg bunian lak adalah jin yg menganut agama islam.muka diaorg ni insyllh cantik2 n bahkan ade yg lbh cantik dari manusia...pendek cerita jin yg kafir dipanggil syaitan,yg islam dipanggil owg bunian..

Kalau ikutkan banyak lg jenis2 dorg ni...tp aku sanggup jelaskan yg ni je...yg lain2 tu korg leh rujuk sndiri kat internet.aku bkn xnk share..tp sbb aku ni bkn lah pakar bab2 ni,so aku cite yg basic je..

hope korg pon dpt sikit ilmu (^_^)


 

Wednesday, May 4, 2011

pada insan yg bernama mr.Ong

Dalam banyak2 kesusahan yg dipaparkan oleh "BERSAMAMU",aku lebih tertarik dngn cerita malam ni....



Isu kali ni betul2 membuka mata aku bahawa perpaduan masih wujud dalam negara kita.Di sebebalik isu politik yg selalu kita dengar atau pun ada jiran2 yg berlainan kaum berbalahan sesama mereka,namun masih ada insan mulia seperti Ong..

Bukan niat aku utk melambung beliau setinggi2nya,dan mungkin apa yg terjadi kpdnya adalah suratan takdir.Tetapi niat beliau yg begitu mulia utk membantu mangsa kemalangan tu perlu dipuji ..hingga beliau sendiri terlibat dlm kemalangan.

Mr Ong mungkin akn kehilangan kaki ke-2nya..Namun keluarga Ong begitu tabah mengharunginya terutama isteri beliau.Aku berharap sangat Tuhan beri hidayah kpd mr.Ong.Tp aku percaya sangat ada hikmah kenapa Tuhan ambil kaki n beri penderitaan kpd beliau.Mungkin kesakitan tersebut akn menghapuskan dosa2 beliau...

Siapa tahu kan sbb Tuhan itu maha adil..apa2 pun kita jadikan la mr.Ong salah seorang  idola dm membantu sesama insan tanpa mengenal agama,bangsa dan budaya....

Tuesday, May 3, 2011

pada perpisahan cinta monyet


Satu lagi isu yg amat aku suka...Aku percaya hampir 99.01 % remaja sekarang pernah bercouple.Korang yg baca isu ni pun mesti pernah kan.hahahha...xyah nak bongak kat aku,aku tau segalanya..icecececehhhhh..Tuan blog pun sama jer.hakhak...

Kembali ke isu kita.Aku nak bagitau korg yg,'putus cinta itu nikmat'..hahaha..kompom korg pk aku gila.Tp itulah hakikatnya,nak tau kenapa????

Cuba korg baca ni,time kita clash uh kan(bg yg teraniaya terutama perempuan) hati ni rasa cam tecarik2 la,menangis bagai nak rak la.. nak2 time dengar lagu2 sedih contoh, "gerimis mengundang"slam.fulamakkk..boleh banjir asia ni(nmpak beno nipunya)hahaha....tp aku ckp korg,itu BAGUS..Sbb Dr.fadhilah kamsah ckp,bagus menangis.Hujah beliau,boleh cuci mata.xyah susah2 beli eyemor.kalau korg xcaya korg leh buka balik rancangn "bersama dato"..

Hei!!daripada ko clash sekarang ke? or ko cerai bila dah kawin t lg baik??Kalu korg clash,pkcik2 kedai kopi uh xde sibuk2 fsl ko der,tp kalu ko clash lps kawin,konfom la makcik tingkap sebelah rumah pun boleh ngata korg.(jngn salah faham,aku xsuruh korg becerai,tp aku nk ko pk sbnrnye pentingnye dptkn pasangn yg betul utk ko buat kawin,kalu korg da clash maknanya korg tau la yg dia xsesuai dengan ko)time couple pon kejap2 clash,kejap2 clash..dah kawin pun nk kejap2 cerai ker????plz la jangan gegarkan tiang arasy..

Benda ni pun ajar korg jadi redha sebenarnya,Tp terpulang la otak korg respon camne.Yg selalu aku dengar nak terjun banggunan la ape lah,bak kata cgu aku BENGONGG.hahaha ..ayt yg selalu aku n kwn2 selalu guna,"hmmm,xpela.dia bukan utk aku"...Tp memang ada betulnya ayt ktorg tu,sbb JODOH dah ditetapkan dah.korg xleh nak g hantar surat bantahan kt Tuhan mengatakan "saya xnak kawin ngn dia,saya rela bunuh diri".Agaknya korg dpt surat balasan berbunyi,"ok,jumpa kt neraka nanti"..

Tp kalau korg xnak rasa cam monyet2 ni semua,baik korg xyah belajar bercintan xtentu hala tu.Serius,cintan uh mcm dadah..

Kalau korg tul syg someone uh,korg kawin la cepat2,xpun bagi masa kt si dia n diri korg perbaiki diri n tambah persediaan nak2 dari segi pengetahuan AGAMA..

Moga pembaca blog aku dipertemukan cinta yg benar dan diredhai(^_^V

Monday, May 2, 2011

pada kematian

Dalam bulan lepas,berlaku satu kematian seseorang yg tiada pertalian jiwa dngn aku,.Tp ketika hayatnya aku pernah berbual dngnnya.Tp xsangka dia pergi juga(walaupun aku tahu itulah takdir manusia pada akhirnya)..


Ketika hari pengebumiannya aku hadir sbgai tanda penghormatan yg terakhir,aku sempat menyaksikan cara mengkafankan jenazah.Tp malangnya ketika memandi dan mengebumi,aku xdpt turut serta..

Sebelum dibawa pergi,wajah si jenazah ditatap oleh si anak buat kali terakhir,seboleh2 dan semahu2nya si anak menahan air mata.Di dapur pula suara si cucu memeriahkan majlis tersebut beserta air mata yg xhenti2.Orang ramai pula mula teresak2 melihat keluarga tersebut,apakan daya.tiada apa yg dpt kami bantu kecuali mendoakan kesejahteraan jenazah..

Aku juga sempat menatap wajah arwah,sayu dan hiba hatiku.Harinya telah tiba,mungkin hari aku juga akan datang xlama lagi.Tp aku xsanggup laluinya krn banyak dosa yg tlah aku lakukan,.Terbayang wajah aku menggantikan wajah arwah.Tika itu dan saat itu aku mahu menangis sepuas2nya.

Aku pernah dengar satu ketika dahulu ustz aku ade menyebut bahawa saat yg paling sedih dlm kehidupan adalah saat kematian.Melihat insan yg tersayang meratapi pemergian diri.Ingin dipeluk tp xsiapa yg melihat kehadiran kita,xsiapa dpt mendengar kita.Aku tlah mndapat bayangannya..Takut aku utk menghadapinya...

Moga kita pergi dlm keadaan yg keredhai Illahi...amin...

Sunday, May 1, 2011

pada si pohon getah

Aku suka tajuk ni sbb sejak aku kecik,aku dah tahu rupa pokok getah.Siapa yg dah kenal aku jngn fikir aku tak pernah cuba "membusukkan diri" dngn lanton nie..Aku pernah ikut atuk perempuan aku pergi kebun n tolong "ngopek".hhahahaha...aku suka perkataan uh................Tp bila balik je,pak cik aku yg bujang tu ejek n wat gaya(tutup hidung tahan busuk),memang aku rse nk tembak je mamat uh.nasib baik dia la satu2nye pak cik aku..hahaha..

Memang bau lanton uh melekat ar kat tangan aku,seminggu aku keje gosok limau kt tangan.hahaha...tambah menyesakkan jiwa bila time aku nk capai mangkuk yg tinggi uh,ade susu getah yg tetumpah kt rambut aku,memang aku dah fobia la jugak lepas tu,.hahah...(cube la korg bayangkan usaha nk bersihkan rambut aku tu)


Tp family aku selalu cakap "busuk2 tu bau duit"..N dalam baru tak baru la,harga lanton memang naik melambong,kaya la org2 yg ade kebun getah.Yg xpernah noreh pon snggup ar dtg jauh2 nk noreh...
Bg aku la,org2 yg kerja noreh kena hati2 time harga dia naik,sbb nanti harga dia turun pon mendadak.so kena menyimpan..


Ni pulak biji getah(bg mereka yg xtahu la)...Memang aku suka giler kumpul benatang ni,.Kulit dia penuh kesenian n licin.Dulu kecik2 main congkak guna benda ni la,tp xdapat isi bnyk2 sbb dia lg besar dari guli.

Tp tujuan aku beri ruang utk si pohon getah ni berada dlm blog aku adalah utk menyedarkan sebenarnya penting jugak mencintai dia sbb sanggup badannya ditoreh2,darahnya mengalir2 demi kesenangan dari segi kewangan dan kemudahan seperti tayar n sebagainya utk manusia.

Pengajaran dari pohon ni kalau korg perasan,walaupun buruk,walaupunpun busuk n hina mcm mana sekali pun,setiap darinya memiliki keistimewaan.....renung2kan dan slmt beramal..hehehe....

pada rakyat palestin



Aku ingin kongsikan perasaan dan pengorbanan yang telah dihadapi oleh rakyat palestin.Gambar ini mula ditayangkan kpd aku pada tahun2009 ketika menghadiri ceramah motivasi bersama Tengku Asmadi dan MAP.Sebenarnya banyak lagi gambar2 ngeri yg aku semapat saksikan,tp aku xsanggup nak copy dlm ni.

Cuba pembaca amati betul2 gambar ini.Seorang bapa yg menyembunyikan diri dari tentera ISRAEL.Dengan penuh ketakutan cuba melindungi anaknya dengan sedaya upaya walaupun di saat akhir hidupnya.Namun akhirnya rebah bersama anak tercinta..

Pada mulanya aku tak berapa hirau tentang mereka.Mungkin krn perkara ini xberlaku di negaraku.Namun akhirnya aku disedarkan bahawa mereka adalah SAUDARAKU..aku fikir kembali,apa yg aku telah lakukan sebagai saudara mereka.Kejam aku kerana mengabaikan mereka,pemergian mereka menambah luka dihatiku krn aku xbantu walaupun MENDOAKAN mereka.pengorbanan mereka meracun tasik air mataku agar terus keluar krn aku xkan mungkin setabah mereka...

Jika kita mempunyai tanggungjawap sebagai seorang saudara,lakukan sesuatu demi mereka dan agama.Takkan mereka menangis kehibaan,kita ketawa kegembiraan.biarlah bak kata org , "tepuk peha kanan,peha kiri pun terasa sakit jugak"

Moga keamanan kembali kepada mereka  ............................